Quantcast
Channel: sherrina – Sherrina.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 63

Pasar Terapung Pulau Suri, Tumpat, Kelantan

$
0
0

Jika anda berada di Tumpat atau Kota Bharu, singgahlah ke Pasar Terapung Pulau Suri yang terletak di Sungai Kelantan. Ianya dibuka pada hari Sabtu bermula jam 9 pagi.

Untuk ke Pulau Suri, anda boleh menaiki bot melalui Jeti Kok Majid. Cumanya pada waktu yang sama juga ada pasar pagi di jeti. Oleh itu, parking kereta di luar kawasan pasar dan berjalan merentasi pasar menuju ke jeti yang terletak di tepi sungai.

Tambang bot adalah sekitar RM10 seorang dua hala. Tiada jalan darat untuk ke Pulau Suri. Memang hanya ada jalan air. Banyak bot di jeti bersedia untuk membawa pengunjung ke Pulau Suri pada hari Sabtu.

Perjalanan sekitar 15 ke 20 minit untuk ke Floating Market Pulau Suri. Sampai disana, pengunjung perlu membeli tiket masuk sebagai kos menguruskan kebersihan dan fasiliti kawasan. Ada banyak bot menjual pelbagai makanan dan minuman boleh dibeli. Meja makan juga ada disediakan. Pengunjung boleh bawa tikar untuk makan secara santai diatas pasir.

Tandas ada disediakan. Harga berpatutan dan enak. Kunjungan anda membantu meningkatkan ekonomi tempatan. Ia menjadi sumber pendapatan kepada pemandu bot dan penjual di Pulau Suri.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 63

Latest Images

Trending Articles





Latest Images